12 Mar 2011

rintihanQ hanya padaMu

Wahai Tuhan Ku...
Maafkanlah Dan Ampunilah Segala Dosa Dosa Ku...
Sekalipun Aku Tidak Pernah Serik Berbuat Demikian...
Nikmat Dunia Ini Sering Mengaburi Pandangan Ku...

Wahai Tuhan Ku...
Dunia Ini Sering Mengajak Ku Berpeleseran...
Dan Selalu Aku Tewas Dan Hanyut Di Dalamnya...
Sehingga Ada Ketika Tidak Terkawalkan Nafsu Duniawi...

Wahai Tuhan Pemilik Seluruh Alam...
Nafsu Yang Kekadang Menghilangkan Kelazatan Iman...
Mengajak Ku Untuk Telus Berbuat Kemungkaran...
Sering Kali Menitipkan Titik Titik Hitam Pada Pakaian Taqwa ku...

Kerana Nafsu Sering Singgah Mendatangi...
Tidak Pernah Jemu Dan Kenal Putus Asa...
Mendekati Ku Untuk Memutikkan Kealpaan...
Menjauhi Aku Mengingati MU...

Wahai Tuhan Ku...
Untuk Kesekian Kalinya...
Sama Seperti Semalam Dan Sebelumnya...
Aku Mendatangi MU Dalam Kepayahan Ini...
Bersimpuh Di Sejadah Lusuh Ini...

Aku Ingin Menangis Di Hadapan MU Ya Rabbi...
Mengharap Segala Dosa Ku Ini ENGKAU Balasi Dengan Azab Dunia...
Kerana Aku Yakin Bahawa Aku Tidak Akan Tertanggung...
Pedihnya Azab Seksaan MU Di Akhirat Kelak...

Wahai Tuhan Ku...
Bersimpuh Di Atas Sejadah Lusuh Ini...
Sungguh Aku Lebih Menginginkan...
Agar ENGKAU Melepaskan Aku Dari Kedua Duanya...
Kerana Aku Yakin ENGKAU Tidak Menutup Pintu TaubatMu Untuk Ku...

...Subhanallah...

Mengenai hukum membuat/memasang/meletakkan gambar atau patung makhluk hidup saya kutip melalui pendapat Ustadz Aam Amiruddin.Msi di website www.percikaniman.org :

          Hadist yang mengharamkan membuat gambar atau patung cukup banyak, di antaranya, :

Rasulullah saw. bersabda, “Sesungguhnya orang yang membuat gambar/patung akan diazab pada hari kiamat. Lalu dikatakan pada mereka (pembuatnya): Hidupkanlah apa yang kamu buat!” (HR. Bukhari)

Rasulullah saw. bersabda, “Malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar/patung.” (HR. Bukhari) .

Di antara ulama ada yang memahami hadits-hadits tersebut secara tekstual (apa adanya seperti tertera dalam teks hadits, tanpa ada penafsiran apa pun). Dengan pendekatan ini mereka menyimpulkan bahwa membuat atau manggantung gambar dan patung hukumnya haram, apapun bentuknya. Tapi ada juga yang memahaminya secara kontekstual (memahami hadits dengan memperhatikan konteks sosio-kultural). Dengan pendekatan ini mereka menyimpulkan bahwa tidak semua gambar atau patung itu diharamkan, tergantung jenis dan bagaimana memperlakukan gambar atau patung tersebut.
Gambar atau patung yang berunsurkan maksiat seperti gambar lucah, simbol-simbol agama bukan Islam, dan hal-hal lain yang biasa dianggap suci, hukumnya haram, seperti diterangkan dalam hadits-hadits di atas. Hal ini dikuatkan oleh hadits berikut:
 Aisyah ra. berkata “Sesungguhnya Rasulullah saw. tidak pernah membiarkan palang salib di rumahnya, (kalau menemukan) ia memusnahkannya.” (HR. Bukhari) .
Namun kalau patung atau gambar itu bukan yang biasa diagungkan oleh agama bukan Islam, serta tidak berunsurkan maksiat, maka hukumnya mubah (boleh), hal ini merujuk pada beberapa keterangan berikut ini. 
 Aisya ra. berkata: “Rasulullah saw. masuk (rumah), dan saya telah memasang tabir yang bergambar, lalu Rasulullah menyingkirkannya. Kemudian saya jadikan dua bantal.” (HR. Muslim)

Aisyah ra. berkata, “Saya pernah menggunakan tabir bergambar, lalu Rasulullah saw. melepasnya, dan saya menjadikannya dua bantal, kemudian Rasulullah bersandar padanya.” (HR. Muslim)
Kedua hadits ini menjelaskan bahwa di rumah orang Islam boleh ada gambar, asalkan jangan dikeramatkan atau dikultuskan (dianggap suci). Buktinya saat Aisyah ra. menjadikan kain bergambar itu sebagai bantal, rasulullah saw. tidak menegurnya bahkan Rasul pun bersandar pada bantal tersebut. Jadi, kita boleh menggunakan gambar-gambar pernikahan, keluarga, , pebagai jenis patung samaada dari jenis haiwan, tumbuh-tumbuhan dan lain-lain kerana bukan untuk dikultuskan (dianggap suci), tapi hanya sekadar hiasan dan kenang-kenangan.
  •  Kesimpulannya, haram membuat atau memasang gambar atau patung yang  berunsurkan maksiat seperti gambar porno dan juga simbol-simbol agama non-Islam seperti tanda salib dan yng berkaitan dengannya termasuk juga yng  lain-lain, sedangkan yang tidak mengandung maksiat, bukan simbol agama selain Islam, dan tidak dianggap suci, hukumnya mubah (boleh). Wallahu a’lam.

Fatwa ulama mngenai April Fool



Fatwa Tentang ‘April Fool’

 Oleh : Syaikh Muhammad ibnu Soleh ibnu Uthaimin

Soalan : Adakah boleh berbohong dalam keadaan bergurau.

 Jawapan Syaikh : Berbohong tidak dibenarkan sama ada bergurau atau serius kerana ia merupakan akhlak yang dicela yang mana tidak bersifat dengan sifat ini melainkan munafiq. Amat menyedihkan apabila kita banyak mendengar sebahagian manusia membahagikan perbohongan kepada 2 bahagian : ‘bohong putih’ dan ‘bohong hitam’. Apabila timbulnya mudhorat seperti memakan harta atau sikap melampaui batas atau yang seumpamaannya maka menurut mereka itu adalah bohong hitam. Apabila tidak ada unsur-unsur seperti itu maka ia adalah bohong putih.Ini adalah pembahagian yang batil. Bohong semuanya hitam.Namun ia bertambah hitam setiap kali ia mendatangkan mudhorat yang lebih besar.

            Sempena topik ini saya ingin mengingatkan saudara saya umat Islam agar menghindarkan diri daripada apa yang dilakukan oleh sebahagian manusia yang tidak cerdik dengan apa yang dipanggil ‘April Fool’ yang saya rasa tidak lama lagi. Pembohongan seperti ini yang diambil daripada orang yahudi, nasrani,majusi dan orang kuffar. Kemudian disamping ianya adalah dusta dan pendustaan adalah haram menurut syara’, ianya perbuatan yang menyerupai orang bukan Islam. Menyerupai bukan Islam adalah haram. Baginda telah bersabda:

Maksudnya : “sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia adalah sebahagian daripada mereka”. Kata Syaikhul Islam Ibnu Taimiah: Sanadnya Jayyid.

Kedudukan yang paling minima adalah haram walaupun zahirnya membawa erti kekufuran orang yang menyerupai mereka (golongan kuffar).Pembohongan (April fool) ini disamping ianya mengandungi 2 larangan tersebut, ia juga menjatuhkan martabat seorang muslim di hadapan musuhnya. Ini kerana sudah sedia maklum pada tabiat kejadian manusia, orang yang ditiru perbuatannya akan berbangga ke atas orang yang meniru dan dia merasakan bahawa dirinya lebih kehadapan daripada orang yang meniru perbuatannya oleh kerana si peniru menjadi lemah sehingga sanggup menjadi orang yang meniru. Oleh itu pembohongan dalam april fool ini merupakan penghinaan terhadap orang mukmin kerana dia menjadi rendah diri dan mengikut orang-orang kuffar.

            Larangan yang keempat: kebanyakan daripada pembohongan ini adalah jijik , mengandungi perbuatan memakan harta secara batil atau menakutkan muslim yang lain. Barangkali dia berbohong mengatakan kepada orang lain: akan datang tetamu hari ini. Lalu orang tadi memasak makanan yang banyak, lauk daging dan seumpamanya. Barangkali juga dia bergurau dengan perkara yang menakutkan orang lain seperti katanya: penjaga kamu dilanggar kereta dan seumpamanya daripada perkara-perkara yang tidak dibenarkan walaupun bukan pada situasi ini. Hendaklah seorang muslim bertaqwa kepada Allah, berbangga dengan agamanya dan memandang tinggi terhadap agamanya supaya musuh umat Islam gerun kepadanya dan menghormatinya. Saya jamin buat setiap orang yang mempunyai perasaan bangga dengan agamanya dia akan menjadi mulia di hadapan manusia. Sesiapa yang merasa rendah diri di hadapan musuhnya dia akan menjadi orang yang paling hina di hadapan manusia, di sisi Allah dan di sisi musuh-musuhnya. Janganlah kamu menyangka -wahai muslim- perbuatan kamu meniru orang-orang kuffar dan mengikut perangai mereka akan menjadikan kamu mulia pada pandangan mereka. Bahkan ia merupakan kemuncak kehinaan. Kamu mengetahui tentang ini. Kalaulah seseorang mencontohi perbuatan kamu maka kamu akan merasakan kebanggaan buat diri kamu berbanding orang tersebut. Kamu akan merasakan dia lebih rendah di hadapan kamu kerana perbuatannya meniru-niru diri kamu. Perkara ini sudah diketahui dan dimaklumi berdasarkan tabiat manusia. Setiap kali musuh kita melihat kita kuat dan merasa mulia dengan agama kita, tidak mempedulikan mereka, tidak bergaul dengan mereka melainkan berdasarkan tunjuk ajar syara’ yang merupakan syari’at untuk sekian alam selepas kebangkitan Muhammad :


“katakanlah : wahai sekalian manusia sesungguhnya aku merupakan rasul Allah kepada kamu semua”-maksud ayat.

Telah soheh daripada Nabi baginda berkata:

“demi jiwaku yang berada di tangan-Nya, tidaklah seorang yahudi atau nasrani mendengar tentang diriku kemudian dia tidak beriman dengan agama yang aku bawa melainkan dia akan menjadi ahli neraka”- hadis.

            Kalaulah ini keadaan ahli kitab maka bagaimana dengan orang-orang kuffar yang lain? Setiap yang mendengar tentang Muhammad dan tidak mengikutnya maka dia merupakan ahli neraka. Kalaulah keadaanya seperti ini kenapakah kita orang-orang Islam merendahkan diri kita dan mengikut orang lain? Kita semua mengetahui dialog yang terjadi antara hercules maharaja rom dengan abu sufian yang kafir (sebelum dia memeluk Islam). Ketika mana abu sufian mengelak untuk berdusta tentang Nabi Muhammad kerana bimbang akan dipersoalkan tentang pendustaannya sedangkan dia ingin berdusta untuk menjatuhkan Nabi. Kalaulah orang kafir seperti ini keadaannya maka mengapakah kamu wahai orang mukmin boleh berdusta.





Sumber : laman web syaikh Ibnu Uthaimin 8 http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=1250.0

Penterjemah : Ustadz Abu Auzaie



Faedah tambahan daripada hadis Rasulullah :

“Sesungguhnya bercakap benar membawa kepada kebaikan dan kebaikan pula membawa ke syurga. Sentiasalah seseorang itu bercakap benar sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Sesungguhnya berdusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka. Sentiasalah seseorang itu berdusta sehinggalah dia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta”- muttafaqun ‘alaih